Saturday, 29 November 2014

you

November 29, 2014 0 Comments

assalamualaikum

yeah. dah alang2 kau buzy dgn life kau kan  and aku dibiarkan disini kebosanan aihh . tulis lah blog la jap ye walaupun test berlambak next week . lol . this is me nisa . kelam kabut last minute . haha .

ikhwan . aku kenal kau pun kat twitter . yeah . well this is nisa . semua org aku tegur . kau mungkin tak ingat cara aku tegur kau . tapi aku takpernah lupa . haha . masa tu kerja aku bergaduh je dgn kau . lololo . kita memang dah selalu jumpa cuma kat tusyen tapi tak pernah bertegur . kau sombong and aku lagi sombong . dahtu kerja kau asyik berkepit dgn awek kau . eihh lemas pulak aku tgk mastu . haha . jkjk . pulak aku kesah kan . aku tahu aku dtg tusyen duduk sebelah sapa tah . tiba masa aku balik . takkenal sesapa sgt pun masa tusyen . haha .

lepas tu kita start rapat . kira mcm kau best friend kedua aku selain nazihah  . then , semua benda aku cerita dkt kau memandang kan naz buzy .  haha . aku ni takdelah mcm org lain . 24 hours aku rajin nk ws . bila aku bosan memang taklah aku nk layan ws sesapa . memang aku nak tidur je  padahal masa short sem kelas bukannya byk pun . haha . kalau aku jeles kau dgn org lain lagi ah memang tak ah aku nk tegur kau kat ws . ingat lagi masa tu aku jeles kau upload gmbr gn sapa tah . terus aku taktegur kau . hahaha . nampak tak belum pape dah jelous bagai . aduh aihh . nasib kau la nak hadap perangai aku ni .

 now . welcome to my life .

so, i'm not that type yg sweet bagai ni . aku " hambar" . sorry for that .

i don't want to seem like i'm trying too hard but at the same time i don't want to lose you either

nak tulis lagi panjang sebenarnya . heh . tapi buzy la . sorry

p/s : ilysm

Saturday, 22 November 2014

i'm happy

November 22, 2014 0 Comments

assalamualaikum
lama sungguh tak meluah perasaan . aceceh . dulu masa form 3 tak kenal la zaman twitter . so blog la tempat luahkan semua . so now . i miss my blog .

a few weeks ni memang byk sgt cabaran emosi . so saya semakin sado . ececeh .

dulu aku jenis yang akan kesah apa yg org sekeliling judge aku .
aku akan kesah dgn apa yg dyeorg cakap pasal aku .
so i'm tired of judgemental person .
so me right now don't care .
because they never care . yeah. nampak selfish kan ? tapi penat jaga hati org . penat tahu ?
penat kesah pasal hati org lain . hati aku ? ada yang jaga ? penat pura pura  mcm aku taktahu apa yg org cakap pasal aku . yeah . this is me . emotional . but thanks . sekarang guwaa dah tak emotional mcm dulu . so yeah i'm heartless .

but don't worry baby . i'm happy right now . i am so happy with my life .

yeah . stay happy nisa .


Don’t live your life based on what other people think.

Thursday, 28 August 2014

ego

August 28, 2014 0 Comments


kadang kadang kita nak sangat orang lain faham kita tapi sebenarnya kita yang tak faham diri kita sendiri

aku ego . i admit that . bila aku salah aku , aku belajar untuk mengaku apa silap aku . 
aku belajar rendahkan ego . aku belajar untuk mintak maaf . 
tahu sebab apa ? sebab aku taknak kehilangan orang yang aku sayang 
sementara ada masa . aku nak hidup aku penuh kenangan dengan orang yang aku sayang .
dulu aku pernah menangis kerana ayah . aku jatuh tersungkur . 
aku mengharap ayah ada masa aku spm . ayah yang hantar aku masa hari aku jawab spm . ayah ada masa aku amik result  spm walaupun aku tahu result aku takkan sehebat orang lain . 
kecewanya tak terkata .
dalam fikiran aku mesti terfikir KENAPA AKU ?
kenapa aku ? sebab allah nak sedarkan aku supaya aku hargai apa yang ada sekarang . apa yang ada sekeliling aku . aku sedar peluang tu hanya sekali . peluang dengan mama , adik2 , kawan kawan dll .


so , aku move on tapi takpernah lupakan ayah .
al fatihah . i miss you ayah .


aku ingatkan nak buang semua rasa ego tu . tapi ternyata aku salah .
 buang ego tak membantu apa apa . sikit pun tak membantu . 


 so move on . 
because i'm give up 


blogging

August 28, 2014 0 Comments

assalamualaikum

siapaa jelah eh stalk blog aku ni . haha . teringat zaman kegemilang masa form 2 followers 100 + tapi tulis merepek . puppy love . masa tu rasa laa cinta tu sweet gilaa padahal orang lain nak termuntah baca blog aku. kahkah . admit that . so kali aku buat blog memang takdok promote kat twitter facebook wechat and so on sebab aku rasa blog aku belum mendatangkan faedah kepada orang lain . so hehe . kepada 3 follower aku yang bertuah tu thanks for the support . cehhh . tahtah dyeorg pun takbaca .

Wednesday, 20 August 2014

ending

August 20, 2014 0 Comments

assalamualaikum

cepat betul masa berlalu .dah habis short sem . short sem ni mcm apa buzy dia . kalah datin . HAHA . okayyy . takpernah pun cerita pasal unikl micet kan . now i am so proud to be micetian .


throwback

 lepas spm aku dapt matrik . then aku pilih untuk amik diploma either then matrik . walaupun matrik setahun je tapi aku bukan jenis orang lain pick up level tinggi mcm org lain . lepastu .  aku dapat temuduga fzikal untuk ipg . so , aku try je walaupun aku tahu memang aku taknak pun jadi cikgu . taklama lepastu aku dapat tawaran uitm . happy gilaaaa kut . dahlaa dapat course yang mintak . so . i am so happy . okayy . walaupun memang banyak isu masa aku nak pilih nak masuk mana tapi mak aku lah org yang paling positive and memahami . aku takknak amik matrik jadi isu . aku amik course food tech pun jadi isu . aku tak tahulah berapa kali aku menangis masa nak decide . my mom the person who always support me . let me decide . give advice . kadang kadang terfikir juga kalau ayah ada mesti aku takserapuh  ni .ayah adalah org yang paling aku percaya . kalau boleh aku  nak suruh ayah aku decide untuk aku . hmm .

beberapa hari sebelum aku mendaftar masuk uitm kuala pilah negeri sembilan , aku dapat tahu yang aku dapat tawaran mara untuk masuk unikl micet . SPC ( skim pelajar cemerlang ) under mara . spc tu macam mana ? nanti aku terangkan okay . kan beberapa hari sebelum mendaftar uitm so , aku terima je tawaran micet tu dulu tapi aku gi daftar kat uitm .

uitm

so glad dapat masuk uitm kuala pilah walaupun terasa macam kat dalam hutan . roomates best gilaaaaa . orentasi pun boleh tahan penat . then belum sempat 2 minggu . mak aku cakap dia dapat email pasal spc unikl tu semua . hehee . aku sebenarnya takbagitahu pun mak aku pasal mara tu sebab eksiteddd nak masuk uitm . then mak aku call explain pasal pinjaman mara  aku belajar diploma 3 tahun kalau pointer atas 3.5 ada harapan untuk sambung overseas *amin* kalau tak aku sambung degree 2 tahun dekat micet under spc juga  jangan cakaplah kesungguhan mak aku pujuk aku . call aku . send whatsapp panjang mcm karangan  spm . first2 tolak permintaan mak aku tu sebab aku dah adapt kat uitm . tapi terdetik kat hati aku . apa pun kita buat kena dapat restu ibu . then . aku pilih untuk ikut cakap mak aku

unikl micet

here i am now . dekat micet ada 15 orang pelajar spc daripada 200 intake jun . glad to be one of them . first class kat micet . aku jumpa sesorang yang sangat bermakna dalam hidup aku . aku mengantuk sangat masa kelas pertama dengan takde buku . tercangok sensorang . then tetibe aada orang sebelah hulur buku untuk dikongsi . ceh siap hulur mentos kut . omg so sweet . she is now my sister at micet ! nas alifa . alhamdulillah dipertemukan dengan minah senget ni sorang . aku panggil dia nas . close enough with naz :)


now

alhamdulillah . aku disini bersama mereka . berkongsi cerita . aku dengan meraka ada cara yang berbeza sampai ke sini .  tapi akhirnyaa . semua bersyukur dipertemukan disini .






Saturday, 12 July 2014

new life

July 12, 2014 0 Comments

assalamualaikum ,

lama sungguh tak menaip . maklumlah datin kan . so i olls buzy sikitlah . tengok ain rajin update blog  . so, iollsss  jeleousssssss . alhamdulillah . banyak urusan yang telah diselesaikan . kehidupan dekat sini alhamdullilah okey . takde masalah . walaupun aku tak habis habis bandingkan life kat sini dengan uitm aku tu kan . tapi bersyukur . dekat sini aku belajar berdikari . belajar hidup sendiri . belajar sabar . pergi kelas pun sensorang . aku pun tak tahu kenapa aaku takde kawan lagi . aku yang takpandai bergaul ke apa . susuh nak dapat kawan sekepala . yang paham aku . yang gila dengan aku . sumpah rindu housemate dekat uitm . they are great ! zati , haz , puteri , iman  :( rinduuu kauoranggg . aku tak tahu la . tapi dekat sini kenal qila . sangat rapat dengan dia masa msr ( minggu orentasi ) first time jumpa dia dah rasa dah ada chemistry *cewahhhh . lagi sorang . orang sarawak . nas gilos gedik . dia laaa yang selalu buat aku gelak sampai aku ada ulser kat bibir . HAHA . sebut nama nas mesti teringat nazihah :( . dekat sini belajar okey :) budak diploma tak sesibuk budak matrik dengan asasi . walaupun aku ada kelas sampai malam . tapi ada masa kelas aku pukul 2 baru start . kehidupan dekat u sempit sikitlah . lagi2 bab makan . hahah  . pandai2 la kau jimat doooo . nasib baik bulan ramadhan . boleh la berjimat . sebenarnyaa banyak benda nak cerita .  tapi aku sangat sangatlah sibuk dan malas nak menaip . so , kira ni salam rindu dari aku laa ye .haha . nanti kalau ada masa aku menaip balik yeee . byee . assalamualaikum .

-kegedikan overdose tu harap maafkan la ye



Well, you only need the light when it's burning low,

Only miss the sun when it starts to snow,



Only know you've been high when you're feeling low

Only hate the road when you're missing home



Staring at the ceiling in the dark

Same old empty feeling in your heart
'Cause love comes slow, and it goes so fast



Thursday, 22 May 2014

stranger ?

May 22, 2014 0 Comments
Assalamualaikum . Salam jumaat . Aku sebenarnya dahlama nk upadte blog cuma bila
dah tulis tulis nanti mesti tak tahu nak ending ayat mcm mana . Tetibe rasa nak sangat update blog walaupun dlm hp . Canggih k skrg . Pakai hp pun boleh update blog . So , kat mana mana pun boleh update . Laptop aku pergi klinik sebab ada virus dah phatogen *yeye* so , kalau nampak aku typo tu abaikanlah . Haha . Motif tulis blog ni bukan nk cerita laptop aku yg sakit tu . Hmm .


Aku memang peramah . Siapa kawan dengan aku kenal lah perangai aku mcm mana . Senang ckp aku ni orgnya ' loud ' . Takde nak cover cover . Sometimes , aku rasa juga mesti orang ingat aku ni jenis melayankan . Tapi aku malas nak hipokrit . Malas nak fikir apa org ckp aku . Guess what ? I don't friend with stranger before tapi lately aku ramai betul kawan kawan stranger . Dan tetibe aku terjebak dalam satu konflik yang aku tak nak pun terbabit . Kalau kau stranger dan tetibe aku boleh baik dgn kau . That's means something wrong with me anywhere . haha . Tak logik lah boleh admire org yg kita takpernah jumpa. peh siaa . Sejak bila aku layan jiwa ni . Cuma aku nk ckp . Hm . Jgn layan sgt aku ni . Hahahaha . Ye ye kau ni nisa .  Btw aku dah  nak sambung belajar . Yeyeah . Haip haip . Nanti kita gosip gosip lagi . Bye bye .

Tuesday, 6 May 2014

zaman sekolah

May 06, 2014 0 Comments

assalamualaikum ,

dah lama sebenarnya nak post entry about my life at school .

bagi adik2 yang masih bersekolah , korang tak akan faham apa yang aku rasa ,

apa nak rindu sekolah kan ? takde homework . takpayah bangun pagi2. takpayah pakai uniform sekolah. takpayah itu . takpayah ini .

tapi percayalah , you gonna miss your school . your friends . yours homework . your ex . miss your's teacher pinch . you will miss your girlfriends

dulu , akulah orang yang paling eksited nak tinggalkan sekolah . nak habis spm . nak lupakan semua pasal sekolah . i want my own life without school , my crush , my enemy , my soulmate , my pancingmate . sampai aku bertekad . i wouldn't ever miss my school !

guess what ? now i really miss my school . my friends .

mula mula je korang rasa whooo this is life without school . nanti lama2 korang akan rindu .

aku rindu rutin pagi aku . rindu jam loceng aku ( mama kejut bangun pagi )  .  aku akan bangun setelah lima kali mak aku membebel suruh bangun *part yang paling sadis . korang ingat aku bangun tu semua benda dah siap ke ? baju tak iron . buku tak masuk dlm beg ( aku akan pastikan beg aku paling ringan ) HAHA . IRON UNIFORM SEKOLAH ? benda yang paling lama aku nak buat . buang masa okey . kurang2 nak siap mesti ambil masa satu jam . bayangkan ah ? dulu kalau ayah aku ada . aku siap setengah jam je . hm . takut kena marah punya pasal la. tapi mak aku tak kesah. janji rock ;p *bukan tak kesah . tapi aku ni kalis bebelan mak aku . okey sampai sekolah . pagi2 tu ah korang boleh tgk muka blurr kawan2 kau . mcm semua takbangun tidur lagi . HAHA . kelas english ? teacher koh . seriously dia baik sangat .  dia yang buat aku minat dekat subjek eng . english aku worst gilaaa . aku belajar eng ikut mood juga . bila mood baik . aku akan sungguh2 buat essay . kalau tak jangan harap ah . aku duduk borak dgn suci kat belakang . takpun pergi tandas *oh my lovely teacher may i go to toilet* ayat bodek habes . kelas kimia ? teacher yeappppppp ! rindunyaaa . opss . saya maksudkan saya rindu teacher membebel . tahu tak teacher ni comel bila membebel . lagi2 bila cakap bahasa melayu . belit2 lidah nak bercakap . HAHA . kelas math ? miss lim . aku cakap kau . untung tau takdapat cikgu math mcm ni ? untung sebab kena cubit bila salah . haha . dahlaaa aku selalu careless . tapi satu benda je . thanks teacher . teacher ajar saya sampai saya dapat A+ . saya rindu nak kena cubit dengan teacher . i miss your pinch . kenapa ramai cikgu cina ? hm . dah aku dapat cikgu cina je ramai . haha . cikgu melayu yang ajar aku bm , agama gn bio je . kalau nak cerita semua cikgu nanti post nanti berjela jela pulak panjangnya .

kawan ? masa ni lah aku kenal kawan . masa sekolah aku dapat buat perangai gila aku dengan kawan2 aku . ain , hanis , sucitra , iqa , rausyan , aten korang tahu aku rindu nak buat perangai gila dengan korang ? haha . ingat tak kita usik abg2 form6 ? i means bukan usik pun . cuma kita bercakap dikalangan kita tapi ketara kowt ! hahaha . takleh blah kowt bahan budak atas . HAHA . ingat abg soleh ? ingat tak moments last2 nak habis sekolah ? macam2 plan2 semata mata nak tahu nama dia .plan . rausyan buat2 panggil abg tu . lepastu cakap ada cikgu tu tanya nama abg soleh tu . hanis pulak plan lagi gempak .  tapi ending up semua plan takbuat pun . haha  . so kekal abadi laa nama bang soleh ;p . korang ingat tak waktu nak rehat ? kadang kadang pukul 8 pagi aku dah merunggut lapar . selalunya aku gn hanis laa merunggut . tapi ain tu ikut mood lahh . haha . kadang2 lapar dia datang . habes bahu dak hanis jadi mangsa . HAHAHA .  aten ? dia rajen masak . AKU DGN HANIS RAJIN MAKAN MASAKAN DIA *sila gelak . ni punchline*
korang ingat tak masa aku mengantuk dalam kelas ? aku selalu buat gaya artis tengah buat show . gaya tu yang mahal . HAHAH. kadang kadang sambil bercakap pun boleh tersambung lagu tah pape .
part paling aku tak akan lupa . bila aku cakap " alaa indon memang mcm tu " pusing belakang si suci ada . HAHAHAHA . sumpah aku takleh berhenti gelak . aku tak sengaja tau . seriously . hashtag dasar .
rausyan suka bunyi yang unik . hwaaaaaaa * huawwahh * bunyi gitu aah . tapi pelik dooo . rausyan sengal je boleh buat bunyi tuuu . dulu , nak pergi kantin jauh gilaa . kau tahu aku makan nasi kat kantin balik kelas dah lapar balik . kadang2 bawak bekal . tapi bila bawak bekal belum sempat rehat . dah lesap bekal tu . ehh . bukan hanis yang amik*takbaik menuduh* aku laa yang makan dalam kelas . HAHA . ingat azwan ali kelas sebelah tak ? ohmyyy comel doh . lagi lagi masa dia pegang kipas pastu jalan catwalk . gebu ? hahah . dia lagi comel . lagi lagi masa kita usik dia ramai2 .  dia jalan tepi kelas tetibe nama hanis akan begema dlm kelas . masa tulah . hanis pinjam kakulator . hanis pinjam buku . pinjam tu tak kesah ah . tapi cara nak mintak pinjam tu kan . mcm nak pinjam kakulator budak kelas sebelah je . HAHAH . okay .  biela . aku tahu kita pernah rapat . aku tahu kita pernah gaduh . tapi aku takpernah lupakan kenangan kita . aku ingat lagi masa kita gelak sama sama . masa kau dengar cerita aku pasal husin . aku mintak maaf sebab gaduh dengan kau :'(
haha . kau ingat tak kita selalu beli nasi sama2 ? makan sama2 ? tudung sekolah kena sambal ? haha . selekeh betul . kau pernah jadi sebahagian dari hidup aku . tak mungkin aku lupa .

Sebenarnya banyak benda yang aku nak cerita pasal korang . tapi tak takut jari putus taip panjang2 .

jujurnya ,
aku rindu kerja sekolah ,
aku rindu kesibukan
hidup aku terlalu bosan sekarang ,
hidup takde komitment ,
rindu nak belajar ,
rindu nak menyungut homework banyak


sekian sampaikan salam kerinduaan buat semua *sastera habis*

hahaha . maafkan kesilapan ejaan . broken english aku .


sucitra . sahabat tersayang .
 
BFF of the year !
 
geng memancing luar kelas
 

cermin tercinta . jauh berjalan cermin ni .

okay yang belakang tu tengah study .

walaupun aku tak bersukan . tapi aku ada juga masuk kawad .
form3
 

muka lapar

cantik cantik nak pergi mana woi ?

member yang paling gila

lu pehal bising2 ? wa nak study ni . okbaiiii .

asal comel sangat ni woi ?

spm woi . sedau diri sikit . asyik peace je memanjang .

ah . kau asyik peace je ? takde modal lain ?

kau tgh berangan ke tu ?



study ke apa tu ?










iftar bersama ;)



sarang labah2 ke tu ? haha .










impian

May 06, 2014 0 Comments

assalamualaikum ,

travel adalah salah satu impian aku . kenapa aku tulis entry pasal travel ? hm . kecewa takdapat ikut kau bercuti yang . kau tahu kan ? i am not a big girl . my mom loves me so much . SO MUCH .
next time maybe? 

travel . impian aku . aku jelous tengok orang lain boleh pergi jauh . 
pergi mekah . pergi turki . pergi paris . hmm .
kalau boleh aku senaraikan . mungkin sampai esok kau menguap baca entry ni .
kenapa aku nak travel luar negara ? nama pun travel kan . mestilah overseas . kalau dalam negara tu kira bercuti . HAHA . k. benda yang sama . saja nak bagi otak korang berfikir . okay back to the story .  alasan nak travel luar negara ? 
aku nak tahu dunia luar . aku nak lihat dunia*something wrong with this sentences* . aku nak lihat indahnya ciptaan allah .
memanglah first step , aku akan travel dalam negara . 
bila semuanya cukup . aku akan kejar impian aku .
wahai impian kemana kau nak lari ? aku kejar ni . HAHAHA .

aku bukan datang dari family yang senang . 
guess what ? aku takpernah pun jejak pantai pd . paling jauh pun pengkalan balak . hmm . jauhkan ?
memanglah cemburu tengk orang lain travel jauh jauh . tapi rezeki masing masingkan ?
siapa aku nak pertikaikan kenapa family aku tak bawak aku travel ? ayah kerja siang malam tu buat apa ? bagi aku makan . belikan baju aku . belikan buku untuk aku . untuk apa ? untuk aku berjaya .ayah korbankan separuh hidup dia untuk aku . tak cukup lagi ke ? apalagi aku nak pertikaikan ? alhamdulillah . hidup aku sempurna dengan mereka . ayah mama adik2 . apalagi tak cukupkan ? 
"satu hari nanti akak akan balas jasa  ayah & mama "

bila kita ada impian . kita akan cuba kejar impian tu .




copenhagen eiffel tower london paris places plane Favim com


dreams eiffel tower paris Favim com




Thursday, 24 April 2014

April 24, 2014 0 Comments


serious sangatlah entry tadi ,

so , two entry in one day .

sebagai hadiah.

first jumpa kau , kau ni over peramah tau . sampai aku terpikir " ehh kau ni kawan sekolah rendah aku ke ehh" sebab cara kau cakap dengan aku macam sepuluh tahun kita kenal *teruk hiperbola aku . penipuan .
HAHA . seminggu je duduk sama kelas dengan kau ni rasa mcm janggal , lepastu takyah cakap ahh . kau punya baik hati sampai carikan jodoh untuk aku dlm kelas tu . dah laa ikut taste kau . mimpi ngeri betul .
aku takboleh tengok kau gelak kau tahu tak ? kau gelak tanpa sebab . kang aku cakap sikit je pastu kau  gelak . nanti lepastu aku pikir balik part mana ehh yang kelakar . kau tahu tak penat  nak pikir balik ? HAHAHA . ingat tak masa kita spy budak dua org yang nampak mcm ada skandel tu ? aduh . mcm yeye je kita . masa tu zaman kita belum kenal selfie lagi ;p so , kita takdo laa gambor . kita ada kenangan je . satu kelas tuisyen dengan kau , sarah & adah  . hmm . i will miss this moment :(

dear best friend ,
i love you 

from ,
your cute best friend 

Monday, 21 April 2014

mentality

April 21, 2014 0 Comments
 assalamualaikum

sejak lepas result spm ni , aku dapat tengok mcm2 situasi .  bagi budak yang dapat result kurang memberangsangkan akan timbul banyak kontrovesi dan spekulasi mahupun kutukan . do you know , tak semestinya org yang gagal dlm spm hidup dia gelap gelita umpama bilik gelap . korang siapa nak ramal masa depan kitaorg ?

bagi budak yang dapat straight A , korang memang akan dapat banyak pujian dan pendapat ( lebih kepada paksaan ) nanti korang dgr laa cik kiah sebelah rumah cakap " ehh , amiklah bidang kedoktoran , ehh farmasi pun banyak peluang pekerjaan " memang kat dunia ni kerja cuma jadi doktor JEEEE . cubalah bebudak tu kata nak masuk maktab perguruan or course yang tak seFAMOUS bidang kedoktoran  ( masscom , kulinari , bidang sejarah , dll )  . EHH . TAK KAN BELAJAR PANDAI2 NAK JADI CIKGU JEE ? so whattt ! cikgu yang mengajar anak murid sampai korang boleh jadi doktor , ahli farmasi , perdana menteri . EHH TAK KAN BELAJAR PANDAI2 NAK JADI SASTERAWAN JEE ! *AYAT FAMOUS .

aku tak halang bagi sesiapa yang minat bidang kedoktoran , bidang dentist , farmasi . its a good choice beb . don't worry . tapi bagi budak2 yang takdapat straight A , banyak lagi bidang yang korang pun tak tahu banyak peluang perkerjaan . sampaikan ada sesetengah parents sanggup berhabis duit semta2 nak hantar anak jadi doktor , ahli farmasi , dentist . hmm. untung anak org kaya result biasa2 je pun dapat amik bidang kedotoran dll . mungkin nilai ilmu setanding dengan wang ringgit ?

mentality ,
boleh ubah . tapi masyarakat takboleh terima .
result aku tak sehebat korang ,
aku tabik korang !
tapi bagi yang takberjaya ,
diam , pekakan telinga .
mereka siapa nak hukum korang ?
mereka siapa nak pertikaikan result korang ?
yang penting usaha !
don't give up !


yang menulis 
gadisbraces


Monday, 14 April 2014

ujian kelayakan calon guru 2014

April 14, 2014 0 Comments

assalamualaikum ,
hai ! aku baru je balik dari interview *opss bukan interview tapi ujian . ujian kelayakan calon guru ( UKCG )
tips untuk member member yang nak gi ujian tu kalau korang boleh buat fitness ke warm up ke pun okay gak . sebab ujian fizikal dia agak susah bagi aku yang memang malas nak exercise .

okay stop . apa lagi gi lerrr warm up . HAHAHA .
k.joking
first . ada ujian . jangan risau lah . ujian tak susah macam soalan addmath . ujian tu cuma nak tahu korang ni ada ke tak ciri2 seorang pendididik yang berwawasan . ceh wahh . ujian ni dia bagi situasi dan korang pilih jawapan yang menunjukan korang ni bakal pendidik yang sangat penyayang dan sangat berwibawa untuk mendidik anak bangsa . so choose wisely . hehe .

second ujian fizikal ,
1) ukur berat dan ketinggian . okay apalagi . siapa yang rasa kurang ketinggian boleh la makan calcium *sempat lagi nak kalau nak tambah ketinggian . HAHA .

2) tekan tubi variasi . ada lima jenis tekan tubi yg korang kena buat  ini le paling susah bagi aku . HAHA . nak kata aku buncit tak juga . mungkin sebab jarang buat sit up .

3) lompatan quadrant . korang kena lompat dgn dua kaki dan mendarat dgn dua kaki dalam kotak ( mcm ting-ting kutt ) . hmm . takpaham ? hahaa . tunggu jelah masa ujian fizikal nanti ;p

4) aduhh . aktiviti yang keempat ni tak ingat namanya . nerveous sangat laa beb .  rasanya silang kilat kut . yang ni , aku tak tahu nak explain .

5) larian bleep . apa benda bleep tu ? lebih kurang mcm bunyi wisel . korang kena lari bila dgr bunyi bleep kat garisan yg ditetapkan dan patah balik bila dgr bunyi bleep yang kedua dan seterusnya . kira mcm larian ulang alik . aku sarankan korang jangan terus pecut nanti cepat penat sebab dia ada banyak level okay . *ni
paling penat bagi aku yang malas nak joging .

pengawas ujian fizikal tu kata , ada 22,000 calon yang menduduki UKCG . so work harder okayy !
All the best ! good luck ! semoga anda bakal menjadi pendidik yang sihat dan cerdas ! amin !

yang ikhlas ,
bakal cikgu yang cantik*jk



Saturday, 12 April 2014

my followers

April 12, 2014 0 Comments
err . memang takde orang nak follow aku ke macam mana ? haha . takpe . no problems . tak follow pun takpe . aku memang saja buat blog nak luahkan  perasaan sensorang . any idea macam mana nak orang baca blog kita ? ada suggestion ? *krikk krikk

alhamdulillah

April 12, 2014 0 Comments
aku dapat dua berita yang mengembirakan :)
 first , aku layak menduduki UKCG ( ujian kelayakan calon guru ) *menduduki ? skemanyaaa akuuu !
ya allah , tak sangka . tapi aku tak mengharap . kalau dapat alhamdulillah . kalau tak pun alhamdullilah . bagi aku , nak jadi cikgu ni kena sabar dan ikhlas demi memajukan anak bangsa .  cehh poyonyaa bakal cikgu ni. doakan kita dapat ipg tau :)

second  , aku dapat pinjaman mara untuk course chemical engineer technology (  food )
alhamdulillah . aku cuma memohon tak harap apa2 pun .
tapi dapat interview tu pun dah cukup bagi aku . pengalaman berharga . at least aku tahu suasana interview tu .

so doakan aku berjaya okay :)
amin
inshallah

buat ayahanda yang dirindui :')

Thursday, 10 April 2014

menyesal

April 10, 2014 0 Comments
bila kau kehilangan ayah ,
 kau akan sedar bertapa bermaknanya kasih seorang ayah .
kau akan MENYESAL seperti aku juga

love your dad , while you had that chance

Follow Us @soratemplates