assalamualaikum ,
hai ! aku baru je balik dari interview *opss bukan interview tapi ujian . ujian kelayakan calon guru ( UKCG )
tips untuk member member yang nak gi ujian tu kalau korang boleh buat fitness ke warm up ke pun okay gak . sebab ujian fizikal dia agak susah bagi aku yang memang malas nak exercise .
okay stop . apa lagi gi lerrr warm up . HAHAHA .
k.joking
first . ada ujian . jangan risau lah . ujian tak susah macam soalan addmath . ujian tu cuma nak tahu korang ni ada ke tak ciri2 seorang pendididik yang berwawasan . ceh wahh . ujian ni dia bagi situasi dan korang pilih jawapan yang menunjukan korang ni bakal pendidik yang sangat penyayang dan sangat berwibawa untuk mendidik anak bangsa . so choose wisely . hehe .
second ujian fizikal ,
1) ukur berat dan ketinggian . okay apalagi . siapa yang rasa kurang ketinggian boleh la makan calcium *sempat lagi nak kalau nak tambah ketinggian . HAHA .
2) tekan tubi variasi . ada lima jenis tekan tubi yg korang kena buat ini le paling susah bagi aku . HAHA . nak kata aku buncit tak juga . mungkin sebab jarang buat sit up .
3) lompatan quadrant . korang kena lompat dgn dua kaki dan mendarat dgn dua kaki dalam kotak ( mcm ting-ting kutt ) . hmm . takpaham ? hahaa . tunggu jelah masa ujian fizikal nanti ;p
4) aduhh . aktiviti yang keempat ni tak ingat namanya . nerveous sangat laa beb . rasanya silang kilat kut . yang ni , aku tak tahu nak explain .
5) larian bleep . apa benda bleep tu ? lebih kurang mcm bunyi wisel . korang kena lari bila dgr bunyi bleep kat garisan yg ditetapkan dan patah balik bila dgr bunyi bleep yang kedua dan seterusnya . kira mcm larian ulang alik . aku sarankan korang jangan terus pecut nanti cepat penat sebab dia ada banyak level okay . *ni
paling penat bagi aku yang malas nak joging .
pengawas ujian fizikal tu kata , ada 22,000 calon yang menduduki UKCG . so work harder okayy !
All the best ! good luck ! semoga anda bakal menjadi pendidik yang sihat dan cerdas ! amin !
yang ikhlas ,
bakal cikgu yang cantik*jk

No comments:
Post a Comment